بسم الله الحمن الرحيم
Mata melihat,
Hati terdetik,
Jiwa bergolak,
Akal menimbang,
Maka terzahir.......................
Suatu penantian tak berpenghujung
Setiap orang mempunyai perjalanan hidup tersendiri. Mungkin sama, mungkin tidak.
FITRAH inginkan kebaikan. NAFSU mendorong kejahatan. SYAITAN bisikan halus. HATI berperang emosi. AKAL dacing penimbang. SYARIAT ISLAM panduan menimbang yang BENAR.
...................................................................................................................................................................
12 tahun~
Hati bak kaca yang berkilat tanpa calar. Ustaz sekolah beri pelbagai peringatan. 'Pakai tudung jika keluar rumah'. Murid yang patuh pasti mengikut nasihat itu. Ketika itu tidak tahu bagaimana pakaian yang terbaik. Hanya memakai apa yang ada dan termampu. Sungguhpun persekitaran tak mendorong menjadi muslimah, tapi fitrah. Ustaz memuji tudung sekolah yang dipakai tapi katanya jika labuh sikit, lagi bagus. Hanya tersenyum. Ketika mengisi borang memasuki asrama penuh, setelah berbincang dengan rakan dan guru serta lebih kepada keinginan dan gerak hati, pilihan kategori agama ditanda.
...................................................................................................................................................................
13-17 tahun~
Alhamdulillah dapat sekolah yang dipilih.
Bermula memakai tudung labuh (sebab diwajibkan). *kalau perkara yang diwajibkan, akan timbul perasaan tak ikhlas. Jadi pakai tudung labuh masa di sekolah saja.
Lumrah hidup ketika remaja. Ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Perasaan yang sentiasa ingin memberontak. Bisikan2 halus sering dirajai. Pakaian semakin tidak melambangkan pelajar agama. Memakai tudung sesuka hati tidak berlandaskan kehendak syarak.
Selalu melakukan masalah disiplin. Ketika ini bermulalah keinginan berpakaian ala moden. *moden konon
..................................................................................................................................................................
Habis persekolahan~
Berazam tidak akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Ketika itu sudah memikirkan jenis pakian yang hendak dipakai semasa belajar nanti *di universiti. Bila hendak lari dari rahmat Allah, mesti ada saja yang menarik kembali. Itulah yang berlaku. Pendidikan Islam SK. *wow ustazah tu. Rasa macam mustahil pun ada. Betul ke boleh jadi ustazah ni? Ilmu sekangkang kera je. Haishh..... Tapi inilah takdir Allah yang Maha Kuasa. *Allah sayangla. Banyak dah benda yang sama berlaku. Tiap kali jauh sikit dari Allah, ada kuasa menarik kembali. *Allah Almighty. :) no other worthy and worship except Allah.
...................................................................................................................................................................
Nowaday~
(bahasa verse lain) Kalau jadi ustazah mesti pakai tudung labuh ke? Ok, tak kan. So, go on with tudung biasa. Still tak suka perkara2 baik*ceramah as well. Orang sekeliling selalu cakap "awak tak macam cikgu agamala. You look more like a Teacher". Waktu itu, rasa bangga sebab tidak mempunyai ciri-ciri ustazah. Lama-kelamaan ada perasaan aneh yang timbul. Sampai satu tahap, wujud perasaan segan malu sbb sorang je pakai tudung sesuka hati dalam kalangan classmate. So, start pakai tudung labuh *mcm sekolah dulu. Tapi ikut mood. Kalau rasa nak pakai, pakaila jawabnya. Plus, kalau malas nak pin2 bagai, Pakai tudung labuh. *pergghh.... Tapi lama kelamaan tudung tu macam ada gam dalam almari *tak pakai..kuang2~ Still perangai lama. Ada pemikiran baru. :| Peduli apa orang kata |:
Eh, helloo.. memangla kubur masing-masing. Tapi nanti mandi mayat sendiri-sendiri ke? Menyusahkan orang je kalau susah nak mandikan. huh!
Read More